Wednesday, October 8, 2014

KEPRIHATINAN MALAYSIA KE ARAH MEMULIHARA ALAM SEKITAR

DEFINISI ALAM SEKITAR

Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “environment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekiranya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” bermaksud merujuk kepada apa-apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait rapat dengan iklim dan cuaca. Terdapat satu lagi definisi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang menekankan sesuatu terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia.

PUNCA KEMEROSOTAN ALAM SEKITAR
Akta  Kualiti  Alam  Sekeliling  1974  mengandungi  peruntukan  bagi mencegah,  menghapus,  mengawal  pencemaran  serta  memperbaiki  kualiti  alam  sekitar dan  dari  aspek  yang  selalu  dikaitkan  dengan  alam  sekitar  iaitu  pencemaran  yang membawa  maksud  apa-apa  perubahan  secara  langsung  dan  tidak  langsung  terhadap sifat-sifat  fizikal,  haba  dan  kimia  termasuk  kesan  biologikal  terhadap  alam  sekeliling  yang meliputi  pencemaran  air,  udara,  bunyi,  tanah  dan  laut  dan  untuk masalah  ini,  banyak  punca  telah  dapat  dikenalpasti  yang  mendorong  kepada  pencemaran  alam  sekitar.
Sikap  Individu  Dan  Organisasi  Yang  Tidak Bertanggungjawab
Hal  ini  jelas  kerana  ketidak adaan  kesedaran  sivik  dalam  diri  mereka  untuk menjaga  alam  sekitar  kerana  bagi  sesetengah  individu,  mereka  akan  sewenang-wenangnya membuang  sampah  merata-rata  tanpa  mempedulikan  keadaan  persekitaran  dan  mungkin mereka  merasakan  itu  adalah  perkara  remeh  apabila  mencampakkan  secebis  tisu  atau  sisa makanan  di  tepi  jalan.  Walhal,  jika  difikirkan  andai  ada  seratus  orang  pengguna  yang bersikap  sedemikian  sudah  tentu  jalan  raya  akan  menjadi  kotor  dan  dipenuhi  dengan sampah-sarap.  Manakala  bagi  organisasi  seperti  kilang  yang  menjalankan  operasi pengeluaran  yang  melibatkan  sisa  toksik  dalam  penghasilan  keluaran  mereka, kebiasaannya  kilang  itu  akan  mengambil  tindakan  mudah  apabila  membuang  sisa  toksik tersebut  terus  ke  dalam  laut  dan  sungai  jika  kilang  itu  didirikan  berdekatan  dengan kawasan  tersebut.  Ini  akan  mengakibatkan  pencemaran  air  dan  kilang  yang  melepaskan asap  tanpa  pemasangan  alat  penapis  udara  akan  menyebabkan  terjadinya  pencemaran udara. 
          
Pembangunan  Secara  Tidak  Sistematik
Apabila pihak  kerajaan  atau  pihak  swasta  merangka  untuk  membangunkan  sesuatu  kawasan, mereka  seharusnya  memikirkan  secara  terperinci  kesan-kesan  negatif  yang  akan  berlaku terutama  yang  melibatkan  alam  sekitar  dan  bukan  tertumpu  kepada  kebaikan  dan keuntungan  pembangunan  semata-mata  kerana  akibat  dari  pembangunan  yang  akan dijalankan  boleh  menyebabkan  berlakunya  pencemaran  air,  udara,  tanah  dan  bunyi  yang akan  dihasilkan.  Mungkin  disebabkan  penggunaan  jentera  yang  terlalu  banyak  akan menghasilkan  pencemaran  bunyi  dan  pencemaran  udara  jika  jentera-jentera  berteknologi tinggi  tersebut  mengeluarkan  asap  yang  berlebihan.  Akibat  daripada  projek-projek pembangunan  itu,  ia  juga  boleh  terjadinya  pencemaran  air  terutama  pada  waktu  hujan  jika tanah  lapang  yang  telah  dibersihkan  untuk  projek  pembangunan  itu  iaitu  tanah  merah mengalir  terus  ke  dalam  sungai  atau  laut  yang  berdekatan . Hal  ini  boleh  menjejaskan tahap  kebersihan  kualiti  air  dan  boleh  mengancam  kehidupan  ekosistem  dalam  air  yang seterusnya  membawa  kepada  pencemaran  alam  sekitar.
Penggunaan  Kenderaan  Bermotor 
Hal  ini  kerana  setiap  kenderaan akan  melepaskan  asap  kenderaan  yang  mengandungi  gas  yang  berbahaya.  Hal  ini  jika peningkatan  taraf  hidup  masyarakat  terus  meningkat  pada  zaman  sekarang  maka  tahap pencemaran  juga  akan  turut  meningkat  berikutan  semakin  bertambah  jumlah  penggunaan bilangan  pengguna  jalan  raya  yang  selesa  menggunakan  kenderaan  mereka  sendiri  untuk bergerak  ke  destinasi  yang  ingin  dituju  berbanding  beramai-ramai  menggunakan  kenderaan  awam  yang  semestinya  dapat  mengurangkan  bilangan  kenderaan  di  jalan  raya. Hal  ini  akan  menyebabkan  pencemaran  udara  dan  seterusnya  menjejaskan  sistem  pernafasan  dan  daya  penglihatan  manusia  serta  pencemaran  bunyi  yang  terhasil  oleh  kapal  terbang  yang  berlepas  atau  mendarat  terutama  dikawasan  perumahan  yang berhampiran  dengan  lapangan  terbang   boleh  menjejaskan  daya pendengaran  manusia.  Hal  ini  jelas  menerangkan  bahawa  penggunaan  kenderaan  bermotor  juga  menjadi  salah  satu  punca  berlakunya  pencemaran  alam  sekitar.
Pembakaran  Secara  Terbuka
Hal  ini  jelas  dapat  dilihat  berikutan  pembakaran  pokok-pokok  tua  di  kawasan  ladang  dan  hutan  untuk  tujuan  penanaman  semula.  Jika  dilihat  dari  satu  sudut,  penanaman semula  sememangnya  sangat  berfaedah  tetapi  akibat  daripada penanaman semula ini akan menyebabkan akan menyebabkan tanah menjadi tidak teratur.. 



Penghutanan semula
Penghutanan semula merupakan sebuah kegiatan menanam semula hutan yang telah diterokai dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini, kelembapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya, masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar yang sering menjadi pulau haba. Contoh pokok yg boleh ditanam, pain, batai dan sesenduk. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan kaedah ini dengan lebih efisien. Antara penghutanan semula yang sudah dijalankan ialah Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.
Penggunaan Baja Organik
Masyarakat sekarang  terutamanya petani digalakkan menggunakan baja organik atau baja asli. Baja asli adalah daripada najis haiwan bagi menggantikan penggunaan baja kimia yang sering digunakan oleh petani moden. Baja organik yang digunakan ini mampu membantu kesuburan tanah terus berkekalan dan juga mapu dipulihkan berbanding baja kimia yang mendorong kepada peningkatan keasidan tanah. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano yang terdiri daripada najis burung dan kelawar sebagai baja.

Kaedah Biologi
Kita sepatutnya mengelakkan penggunaan racun perosak atau racun rumpai. Oleh itu, sebagai peladang yang bertanggungjawab kepada alam sekitar haruslah menggunakan kaedah biologi ini. Walaupun kaedah ini agak ketinggalan zaman, namun ia sangat berkesan bgi memulihara semula alam sekitar kita yang mungkin sudah rosak akibat kandungan CFC (ChoroFluoroCarbon). Kaedah biologi ini diaplikasi melalui proses rantaian makanan haiwan. Contohnya, burung hantu makan serangga perosak atau ular makan tikus.
Pertanian Tetap
Petani tradisional digalakkan oleh kerajaan agar mengamalkan pertanian tetap. Langkah ini dijalankan bagi mengelakkan kemusnahan alam sekitar serta hakisan tanih seterusnya mengekalkan aset yang amat berharga iaitu hutan.

Kaedah Perundangan
Kaedah ini bermaksud akta perundangan yang digubal dan dikuatkuasakan bagi melaksanakan tindakan terhadap pesalah alam sekitar. Antaranya ialah, Akta Kualiti Alam Sekitar (1974) yg digubal bagi mengawal perkara2 yang boleh membawa pada berlakunya kemusnahan alam sekitar. Akta ini juga perlu diperketatkan agar usaha memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Daripada akta ini, kita dapat melihat bahawa peruntu

KESAN ATAU AKIBAT KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR

Kesihatan Terjejas

Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia adalah manusia akan menghidap pelbagai penyakit, terutamanya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia  memerlukan udara yang bersih untuk hidup. Sekirannya udara yang dihidu telah tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah.
Hujan Asid
Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. walaubagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang terlalu banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan melepaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida dilepaskan ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan  bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan  membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.
Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid yang terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik atau sungai akan mati dan mengalami kepupusan,selain itu, bangunan dan batu akan mudah terakis dan rapuh, warna bangunan, kereta akan menjadi pudar, dan cepat berkarat.
Jerebu
Jerebu adalah terdiri zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap daripada  pembakaran terbuka turut menjadi faktor kepada penyumbang pembentukan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan jarak penglihatan.
Jerebu adalah satu fenomena yang sangat merisaukan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar.
Kesan-kesan yang akan dialami apabila terdedah kepada jerebu seperti terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk, sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.
Suhu Meningkat
Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terbentuk di  udara.
Gas karbon dioksida yang berlebihan menyebabkan haba di bumi terperangkap dan menyebabkan suhu bumi meningkat sekaligus suhu persekitarannya menjadi panas. Penipisan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global. Kesannya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir  sering berlaku.
Air Tercemar
Hidupan air seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksik yang tercemar. Selain itu, sisa toksik yang dibuang ke dalam air akan menyebabkan penyakit seperti, sakit kepala, kabur penglihatan dan sebagainya.
Pencemaran air akan memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia ialah kesihatan mereka sendiri akan terjejas. Antara kesan yang dianggap kronik akibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya tahan penyakit akibat penggunaan sumber air tersebut.
Bau Busuk
Bau busuk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diurus dengan baik dan dibiarkan begitu sahaja. Kehadiran lalat, ulat, tikus dan sebagainya akan menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau busuk yang kurang menyenangkan. Bau kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah, penternakan haiwan, kilang kelapa sawit dan kilang getah.
  
Antara kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar ialah alam sekitar akan sentiasa menjadi bersih. Apabila kita bersatu-padu menjaga alam sekitar sehingga bersih ianya akan membolehkan kita semua menikmati keindahan alam sekitar yang sebenarnya. Selain itu, apabila alam sekitar menjadi bersih kita akan menghirup udara yang segar.Oleh itu, kita janganlah menebang pokok yang memberi kita udara yang segar udara yang sihat kerana mengandungi oksigen yang tinggi . Pokok-pokok telah membekalkan udara yang segar malahan akan mengelakkan berlakunya banjir kerana akar pokok berfungsi mengukuhkan tanah .  
Seterusnya, alam sekitar yang bersih juga akan dapat memberi kita kehidupan yang sihat dan tenteram. Hal ini kerana, alam sekitar yang kotor semestinya akan mendatangkn bahaya pada kita dan juga flora dan fauna. Alam sekitar yang kotor akan mendatangkan penyakit yang berbahaya kepada kesihatan kita serta akan menggangu urusan kehidupan seharian kita. Jika kebersihan alam sekitar terjamin, manusia akan hidup dengan lebih selesa dan gembira. Jika alam sekitar kita kotor, sistem pernafasan manusia tidak dapat berfungsi dengan baik kerana menhirup udara yang kotor serta mengandungi bahan kimia yang berbahaya yang boleh mendatangkan bahaya kepada manusia yang menghidap penyakit asma,sakit jantung dan sebagainya. Udara yang kotor ini disebabkan kilang, asap kenderaan, dan banyak lagi. Kebersihan alam sekitar dapat dikekalkan jika semua pihak dapat berkerjasama menanganinya.
Ini adalah contoh keindahan flora dan fauna jika alam sekitar terjaga.

Pembakaran hutan seperti di atas akan menyebabkan pencemaran udara yang membahayakan banyak pihak.

Tuntasnya, semua pihak hendaklah memberi kerjasama menjaga kebersihan alam sekitar agar kehiduapan kita selesa dan bahagia. Semua pihak hendaklah tahu alam sekitar yang kotor akan mendatangkan kesan negatif kepada negara. Harapan saya terhadap semua pihak ialah marilah kita semua menjaga kebersihan alam daripada tercemar agar semua rakyat Malaysia dan di seluruh negara sihat sentiasa dan dapat melakukan kerja seharian tanpa sebarang masalah.
            


MYRA MARSHIELA BINTI RAMIN (07DPM14FI078)

KEPRIHATINAN MALAYSIA KE ARAH MEMULIHARA ALAM SEKITAR


Keprihatinan Malaysia Ke Arah Memulihara Alam Sekitar

Perkataan “Alam Sekitar” atau dalam bahasa  inggeris  disebut “environment” membawa   maksud   keadaan  sekeliling   atau lingkungan. Oleh itu, secara ringkasnya perkataan alam  sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotic atau  abiotik yang   melingkungi  suatu  organisma.   Fenomena    fizikal   ini termasuk juga fenomena yang berkait  rapat  dengan  iklim dan cuaca. Terdapat satu lagi definisi alam sekitar. Namun  ia lebih kepada kefahaman environmentalisme  . Dijelaskan  bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang  doktrin  falsafah  yang menekankan sesuatu tehadap aspek fizikal alam sekitar  seperti keadaan  iklim  dunia  yang  berkait  dengan    aktiviti manusia.

Keprihatinan Malaysia ke arah memulihara alam sekitar ialah, dengan melakuan berbagai cara untuk mengendalikan, mengurus, dan menggunakan sumber alam untuk mengelakkan kerugian, kerosakan dan pembaziran yang berlaku di Malaysia. Keprihatinan Malaysia terhadap alam sekitar ialah melakukan kempen kitar semula yang telah di anjurkan, pihak kerajaan juga boleh menganjurkan kempen-kempen lain yang memberi tumpuan kepada amalan mengurangkan penggunaan  dan guna semula serta pengetahuan tentang produk mesra alam. Selain itu, terdapat beberapa aspek pencemaran yang berlaku di Malaysia, seperti Pencemaran udara, Air, Bunyi dan Pencemaran Tanah.


Punca-punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran


     1.PENCEMARAN UDARA

   Ø  Pembangunan tanpa pengurusan yang di rancang boleh membawa kesan buruk yang mengancam kualiti alam sekitar. Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon dioksida yang di keluarkan oleh kenderaan atau kilang-kilang menjejaskan kesihatan manusia dan juga boleh mengakibatkan terjadinya lapisan ozon yang boleh memudaratkan alam sekitar.
   Ø  Pencemaran alam sekitar melalui pencematan udara timbul akibat daripada sikap manusia itu sendiri. Setiap manusia boleh menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar. 





Gambar menunjukkan Kerja kilang yang mengeluarkan asap

             2.PENCEMARAN AIR
                  Antara punca-punca pencemaran air ialah :-
     Ø  Sisa bahan buangan kilang seperti sisa toksik  yang di buang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini di anggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan yang banyak.
     Ø  Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.
     Ø  Penerokaan juga menyebabkan pencemaran air. Ini adalah kerana, penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan. Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku dengan teruknya.


Gambar menunjukkan pembuangan sampah ke atas air oleh orang kampung


   Sesetengah Bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat, manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai. Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain. Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air yang ada. 

Pencemaran air di kawasan sekitar rumah

                Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membuatkan hati dan perasaan manusia menjadi tidak senang terhadap alam sekitar. Pengusaha kilang juga melakukan pencemaran air untuk menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah, membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesan buruk akan terjadi terhadap persekitaran. 
  
           3.PENCEMARAN BUNYI
                
                  Antara punca-punca pencemaran bunyi ialah :-
Ø  Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. Industri-industri juga merupakan penyumbang kearah pencemaran bunyi.
Ø  Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera, kenderaan dan sebagainya.
Ø  Kuari juga merupakan salah satu pencemaran bunyi. Bunyi pemecahan batu, enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan pencemaran bunyi.

Gambar menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang memberi impak pencemaran bunyi


           4.PENCEMARAN TANAH
                  Antara punca-punca berlakunya pencemaran tanah ialah :-
     
     Ø  Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang.
     
     Ø  Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke rah pencemaran ini.  
    
    Ø  Penggunaan racun serangga secara berlebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah.
Gambar menunjukkan pembuangan sampah yang menyebabkan tanah menjadi rosak


            
            Pencemaran tanah juga boleh menjejaskan aktiviti harian manusia . Jika hampir kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini. Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan aktiviti pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang di tanam.
Hasil kayu balak ditebang
          Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan  kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

           Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah, berlaku perubahan iklim, kesan kepada rumah hijau dan banjir.


LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA

         
            PENCEMARAN  UDARA
          
        Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan pencemaran udara ialah menghijaukan kawasan. Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.
               Kedua ialah penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti habuk dan selesema daripada belarutan.
           Ketiga ialah program kitar semula. Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga.Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.
             Akhir sekali, penguatkusaan undang-undang perlu diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan untuk diambil tindakan selanjutnya.

          PENCEMARAN AIR
             
         Sumber air yang bersih amat penting untuk kita. Oleh itu beberapa langkah perlu diambil, bagi memastikan sumber air selamat untuk digunakan pada masa kini dan masa hadapan. Antara langkah-langkahnya ialah rawatan air kumbahan. Bagi memastikan air kumbahan dari sektor perumahan dan perhotelan yang dialirkan ke sungai tidak mencemari sumber air ini, air kumbahan itu perlulah dirawat.
        Kempen cinta alam sekitar juga dapat memastikan sumber air seperti sungai tidak tercena. Beberapa kempen dijalankan di TV oleh Jabatan Alam Sekitar. Antaranya “Sungaiku,Hidupku” dan Projek Sungai Angkat yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di daerah masing-maasing.
         Seterusnya, pendidikan alam sekitar juga dapat menimbulkan kesedaran pentingnya menjaga sumber alam supaya tidak tercemar, beberapa persatuan atau badan bukan kerajaan telah ditubuhkan. Antaranya ialah Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Tabung Alam Malaysia (WWF). Malah di peringkat sekolah juga ditubuhkankelab atau persatuan yang menjadi ahli persatuan ini di peringkat kebangsaan seperti Kelab Pencinta Alam dan Kelab LEO. Melalui aktiviti seperti Sambutan Hari Bumi Sedunia oleh MNS, telah menyemaikan rasa tanggungjawab dan kesedaran kepada setiap individu untuk menjaga alam sekitar.
             Akhir sekali,pihak berkuasa tempatan diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar seperti membuang sisa toksik ke dalam sungai, penduduk sekitarnya boleh membuar aduan untuk tindakan selanjutnya.

J           
         
            PENCEMARAN BUNYI


           Pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh alam sekitar sukar untuk dikawal, tetapi terdapat cara untuk mengawal pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Terdapat dua cara pada ketika ini digunakan untuk mengawal pencemaran bunyi iaitu penguatkuasaan undang-undang dan kawalan secara teknikal.
      Antara langkah-langkah tersebut ialah penguatkuasaan undang-undang. Melalui penguatkuasaan undang-undang, banyak sumber-sumber pencemaran bunyi dapat dikurangkan. Kebanyakan negara menggunakan undang-undang tersebut untuk mengurangkan pencemaran bunyi yang semakin  berleluasa terutamanya pencemaran bunyi dari kenderaan bermotor. Undang-undang tersebut juga ada digunakan di Malaysia. Ia meliputi kenderaan bermotor, penerbangan tempatan, kualiti alam sekeliling, kilang dan gentera dan lain-lain. Melalui undang-undang tersebut, sesebuah Negara dapat mengurankan secara tidak langsung suantiti pencemaran bunyi kepada kadar yang lebih minimum sekaligus dapat mengurangkan risiko kesan pencemaran tersebut kepada manusia.

        Selain itu, membuat langkah  kawalan secara teknikal. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan dalam kawalan secara teknikal. Teknologi yang semakin membangun pada masa kini dapat mengurangkan atau menyingkirkan bunyi. Sebagai contoh, untuk mengurangkan bunyi di jalan raya, penggunaan halangan bunyi, menghadkan kelajuan di kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk , menukar tekstur jalan, mengubah reka bentuk tayar dan lain-lain. Dengan kemajuan teknologi yang semakin maju, bunyi bising dari kapal terbang juga dapat dikurangkan dengan mereka bentuk enjin jet yang lebih senyap. Ini dapat mengurangkan tahap bising untuk penduduk yang menetap berhampiran di kawasan lapangan terbang. Kebisingan hasil dari kawasan perindustrian juga dapat dikurangkan dengan mereka bentuk semula peralatan perkilangan, memasang sistem penggantungan dan halangan fizikal di tempat kerja.


P        PENCEMARAN TANAH

       Sampah bukan organik yang tidak boleh terurai yang menyebabkan  lapisan tanah tidak dapat ditembus oleh akar tanaman dan tidak mengalir air sehingga peresapan dan air dan mineral yang dapat menyuburkan tanah hilang dan jumlah mikroorganisma di dalam tanah  akan berkurangan akibat tidak dapat sumber makanan untuk berkembang. Contohnya botol plastik mineral, tin minuman, polistirena bekas makanan.


           CARA-CARA MENGATASI PENCEMARAN TANAH
(i)                 Untuk mengurangkan pencemaran tanah berlaku daripada bahan yang tidak terurai, kempen kesedaran mengenai program kitar semula perlu diperluas kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia. Tempat-tempat khas seperti tong-tong sekitar semula haruslah disediakan untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti botol plastik, bekas minuman tin aluminium, kertas, surat khabar dan sebagainya. Walaupun kaedah ini akan melibatkan kos yang tinggi, tetapi bagi dalam jangka masa yang panjang kaedah ini boleh dapat membantu kita untuk memulihara alam sekitar dan boleh menjimatkan sumber alam.
(ii)               Disamping itu, bagi penggunaan racun makhluk perosak pula patut dielakkan penggunaanya kerana ia akan menyebabkan penyakit kronik yang boleh merosakkan buah pinggang. Racun serangga yang mengandungi bahan pencemaran seperti pestisida tanah tanaman menjadi terbantut. Sebaliknya, kaedah-kaedah alternatif pengawalan makluk perosak seperti pertanian organik dan pertanian organik dan pertanian dalam rumah kaca patut diperluaskan. Kaedah ini juga dapat mengurangkan pencemaran alam. Selain itu, pengawalan serangga secara biologi juga boleh digunakan tanpa menjejaskan alam sekeliling.  
                                          Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas              berkaitan aspek penjagaan kebersihan alam sekitar. Jika lihat pada hari ini, hanya ada segelintir sahaja kilang yang dibina mematuhi piawai kebersihan yang ditetapkan. Dengan ini, pelepasan asap kilang dan pembuangan  sisa toksid ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka dapatlah dikawal. Oleh itu, denda yang maksimum dan hukuman sebtan yang setimpal patut dikenakan keatas pekilang yang tegar supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Justeru, sikap pengilang yang bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing bagi mereka yang tidak suka berpakat dan mementingkan diri sendiri akan dapat dibanteras dengan lebih efektif.

NOR AZLINA BINTI MUSTAKIM (07DPM14F1010)


Monday, October 6, 2014

KEPRIHATINAN MALAYSIA KE ARAH MEMULIHARA ALAM SEKITAR

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR KE ARAH MENINGKATKAN KUALITI

HIDUP MASYARAKAT


Secara jelasnya melalui pendidikan alam sekitar akan melahirkan warga yang menyintai alam sekitar, prihatin dan sensitif terhadap apa-apa juga kacau ganggu yang berlaku di persekitaran mereka. Justeru, pelajar pelajar yang terdedah dengan pendidikan ini akan dapat menyumbang ke arah peningkatan kualiti hidup kerana mereka akan menentang apa juga pencemaran, kacau ganggu dan kerosakan yang dilakukan oleh tangan manusia lain. Dengan kata lain, pendidikan alam sekitar akan dapat membentuk jiwa dan diri individu menjadi seorang yang mencintai alam sekitarnya.
     
            

                   PENDEKATAN, PENGISIAN DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR


Perkembangan pendidikan alam sekitar pada masa kini telah memperlihatkan penekanan terhadap pendidikan untuk kelestarian alam. Bagi mencapai matlamat kelestarian alam tersebut, ketiga-tiga pendekatan yang dibincangkan di atas adalah praktikal dalam konteks melahirkan individu yang bukan sahaja peka terhadap isu alam sekitar, tetapi juga mengenal pasti masalah yang berlaku dan seterusnya memainkan peranan sebagai pihak yang aktif menguruskan alam sekitarnya. Sebagai contoh, para pelajar diberikan tugasan berkenaan dengan pencemaran alam sekitar di kawasan tempat tinggal (manusia/pelajar). Para pelajar yang terlibat akan segera ‘menangkap isu’ dengan melihat masalah alam sekitar di persekitaran mereka. Mungkin dalam masa tersebut mereka akan tertarik dengan isu pencemaran sungai, sampah sarap, pencemaran udara, bunyi/hingar dan sebagainya. Justeru, para pelajar akan terlibat secara langsung (pembelajaran berasaskan aktiviti) kerja lapangan dengan melihat sejauh mana pencemaran tersebut berlaku daripada aspek;
1. Lokasi pencemaran
2. Punca-punca pencemaran
3. Jenis-jenis pencemaran
4. Kesan-kesan pencemaran (mungkin dapat dilihat dengan matakasar)
5. Cadangan dan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut berlaku pada masa hadapan.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Melalui kerja lapangan ini secara tidak langsung akan menimbulkankesedaran dalam kalangan para pelajar akan kepentingan menjaga alam sekitar berdasarkan pengalaman yang mereka alami sendiri. Pembelajaran melalui pendekatan ini adalah lebih pratikal kerana para pelajar bukan sahaja disogokkan dengan teori dan konsep sahaja, bahkan pemahaman mereka menjadi lebih jelas apabila mereka merasai sendiri pengalaman tersebut. Melalui cara ini isu-isu alam sekitar bukan sahaja berkisar setakat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh para guru bahkan penglibatan mereka secara langsung akan memberi nilai keinsafan dan impak yang mendalam berbanding dengan pengajaran didalam bilik darjah.




Konsep Kesejahteraan Alam Sekitar Melalui Pendidikan
Dan Kesedaran Terhadap Alam Sekitar


 Aktiviti seni dan kebudayaan yang
mengandungi mesej positif yang
berkaitan dengan alam sekitar dan
pembangunan akan digalakkan.
 Peranan media dalam menyebar
maklumat alam sekitar akan
dipergiatkan. Bidang kewartawanan
alam sekitar khususnya dan persatuan
wartawan alam sekitar akan diberi
pengiktirafan dengan tujuan
mempertingkatkan kualiti pelaporan
maklumat alam sekitar.
 Hubungan kerjasama dengan
media, industri hiburan dan pengiklanan akan   digalakkan untuk menggembleng pengalaman mereka ke arah membentuk tingkah laku dan
pola penggunaan orang awam.Program latihan tenaga manusia
akan direka bentuk untuk membolehkan pelatih menangani masalah alam sekitar dan pembangunan
 Isu alam sekitar dan
pembangunan akan diintegrasikan ke dalam aktiviti pertubuhan-pertubuhan termasuk persatuan profesional, kesatuan sekerja dan pertubuhan kebajikan. Penyebaran maklumat dan latihan akan diperkembangkan                 merangkumi pembuat keputusan pekerja dan majikan.  



Di peringkat nasional pula, Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel yang berlangsung pada 12 Oktober 1989 di Langkawi, telah memeterai Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar. Deklarasi Langkawi telah menetapkan satu ketetapan yang dicapai oleh negara-negara berkenaan untuk bertindak secara bersama bagi menyelamatkan alam sekitar daripada kemusnahan. Antara tindakan yang telah dipersetujui bersama adalah untuk merancang dan melaksanakan satu program pendidikan yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar (Kementerian Pendidikan Malaysia 1998). Melalui pendidikan alam sekitar akan dapat meningkatkan kemahiran dan sikap terhadap isu-isu alam sekitar serta membolehkan seseorang individu mengambil bahagian dalam usaha usaha melindungi dan memulihara alam sekitar secara aktif.



                                 KONSEP DAN ASAS PENDIDIKAN ALAM SEKITAR



Selaras dengan itu, pendidikan alam sekitar juga termaktub dan selaras bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmoni. Pendidikan alam sekitar sebagaimana yang dipersetujui di Persidangan UNESCO dalam Deklarasi Tbilisi 1977, ditakrifkan meliputi segala aktiviti pembelajaran, komunikasi massa, penglibatan komuniti serta apa-apa aktiviti lain yang bertujuan untuk membentuk populasi manusia yang peka dan mengambil berat terhadap alam sekitar dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya (Moseley 2000). Selain itu juga, pendidikan alam sekitar adalah berhasrat untuk membentuk populasi manusia yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, sikap, motivasi dan komitmen untuk bekerja secara individu dan kolektif dalam menyelesaikan masalah persekitaran pada masa kini dan mencegah masalah baru daripada muncul. O’ Riodan (1981) berpendapat bahawa pendidikan alam sekitar mempunyai persamaan dengan pendidikan kewarganegaraan yang tujuannya adalah untuk membina komitmen dan tanggungjawab social yang berteraskan pandangan holistik tentang hubungan manusia dan alamnya. Pada asasnya Pada asasnya kepentingan dan peranan pendidikan dalam alam sekitar telah banyak diutarakan dan diketengahkan dalam persidangan sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Umpamanya dalam Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED) di Rio de Janeiro, Brazil, Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Persekitaran Manusia(UNCHE) di Stockholm, Sweden 1972, UNESCO dan sebagainya. Inti pati kepada persidangan ini adalah menekankan keperluan kepada penjagaan, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar daripada kemerosotan akibat pembangunan manusia. Situasi ini diperkuatkan lagi dengan terbitnya laporan Brundtland pada April 1987 yang menyarankan negara-negara dunia supaya menerapkan pendekatan baru dalam pengurusan alam sekitar melalui pendekatan pembangunan berterusan. Pendekatan alam sekitar dewasa.





                         LANGKAH MALAYSIA MEMULIHARA ALAM SEKITAR 

Langkah pertama yang perlu kita lakukan adalah mengamalkan budaya kitar semula dalam kehidupan kita. Dengan mempraktikkan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle...kita dapat memberi sumbangan bermakna untuk kebahagian dan kesejahteraan hidup generasi hadapan.

Kenali apakah itu 3R.
keindahan alam semulajadi
Sayangilah alam yang indah ini

1. Reduce (Kurangkan)
  • Kita kena kurangkan penggunaan beg plastik.terutama sekali apabila membeli - belah.Hal ini kerana,beg plastik mempunyai bahan yang susah untuk terurai.
2. Reuse (Guna semula)
  • Kita juga boleh mengguna semula barang terbuang atau yang tidak dipakai dengan mengubah barang tersebut menjadi barang baru mengikut kretiviti kita sendiri.
3. Recycle (Kitar semula)
  • Sebaik-baiknya barang yang telah digunakan,kita jangan buang serta-merta.Hal ini kerana terdapat barang yang kita boleh kitar semula.Seperti surat khabar lama,botol plastik,kotak dan sebagainya.
  • kita juga boleh menghantar atau menjual barang-barang tersebut di pusat kitar semula.

      

      Jadikan amalan kitar semula sebagai satu rutin dalam kehidupan kita tidak kira di mana kita              berada.Penggurangan pengunaan dan pembuangan samoah sarap atau sisa toksik dapat menyelamatkan bumi ini daripada ancaman kemusnahan yang pantas.


ROPIDA BINTI MURSIDI (07DPM14F1062)