PENDIDIKAN ALAM SEKITAR KE ARAH
MENINGKATKAN KUALITI
HIDUP MASYARAKAT
Pendidikan alam sekitar perlu di dedahkan dari tadika lagi untuk melatih pelajar mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi.Pendidikan yang sedemikian awal mampu memantapkan lagi semangat cinta akan alam sekitar. Bak kata pepatah melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya.Jika menginginkan sebuah kejayaan yang mantap usaha perlu dipraktikan dari awal lagi sama maksud lah jika menginginkan semangat cinta alam sekitar kita perlu di dedahkan mengenai alam sekitar dari awal lagi agar dapat melahirkn masyarakat yang berkualiti dan mampu menjadi modal insan yang berintegriti.Jika semangat mencintai alam sekitar ada pada diri individu secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat.Hal ini demikian, kerana mereka sudah di dedahkan lebih awal tentang alam sekitar.
PENDEKATAN,
PENGISIAN DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
Banyak pendekatan yang boleh di ambil bagi melahirkan lagi semangat cinta akan alam sekitar dalam diri individu itu sendiri sebagai contoh pihak sekolah perlu lha memantapkan kukurikulum sains dan geografi di sekolah , apa yang pihak sekolah perlu buat ialah mewujudkan kelab sains dan geografi.Setelah mewujudkan kelab ini , kelab ini perlu lha aktif dalam sekolah , kelab ini boleh buat banyak pengisian untuk melahirkan semangat cinta akan alam sekitar . contoh pengisian yang boleh di buat ialah mengadakan pertandingan yang bertemakan alam sekitar sebagai contoh pertandingan melukis poster alam sekitar.kebaikan yang boleh di ambil dari pertandingan ini ialah pelajar boleh belajar menghargai alam sekitar.Pendekatan yang boleh di ambil lagi mengadakan lawatan atau melakukan sesuatu kerja lapangan di hutan,Dengan pendekatan sedemikian pelajar dapat menikmati keindahan alam sekitar,secara tidak langsung pelajar akan menghargai sikit demi sedikit keindahan alam sekitar.Jika menginginkan sesuatu banyak cara yang boleh kita lakukan bak pepatah melayu hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih.Bukan senang untuk senang bukan susah untuk susah sama maksud lah jika kita ingin mewujudkan semangat cinta alam sekitar kita perlu berusaha cari cara yang terbaik untuk melahirkan semangat cinta akan alam sekitar.
Konsep
Kesejahteraan Alam Sekitar Melalui Pendidikan
Dan
Kesedaran Terhadap Alam Sekitar
Bagi memperoleh
kefahaman yang lebih mendalam dan lebih baik tentang konsep kesejahteraan alam
sekitar dan pembangunan lestari dan sikap prihatin terhadap alam sekitar,
pendidikan dan kesedaran terhadap alam sekitar akan digalakkan secara
menyeluruh dengan penggabungan penyebaran maklumat dan latihan, serta selaras
dengan cadangan cadangan dalam Agenda 21. Dalam Agenda 21, isu pendidikan alam sekitar telah
diberi tumpuan utama dalam bab 36. Melalui bab 36 ini, perkara utama yang dibincangkan
ialah bagaimana untuk mengorientasikan semula sistem pendidikan alam sekitar ke
arah pengkhususan, pengawasan dan pembangunan berterusan (Nasaruddin 1993). Di
samping itu juga, penekanan diberikan untuk meningkatkan lagi kesedaran dan
kepekaan orang awam terhadap alam sekitar serta memperkenalkan latihan-latihan tertentu
bagi pengurusan dan pengawalan terhadap alam sekitar.
Jadual 1:
Pendidikan dan Kesedaran yang Selaras Dengan Agenda 21
1.1. Pendidikan alam sekitar yang formal dan tidak formal yang
menyeluruh dan strategi latihan serta program penyebaran maklumat akan
dirumus dan diperkenalkan.
|
1.2.Alam sekitar dan pembangunan akan diintegrasikan dalam aktiviti
pendidikan dari peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi. Kaedah dan bahan
yang sesuai akan diwujudkan untuk program pendidikan alam sekitar.
|
1.3. Pusat kecemerlangan kebangsaan akan didirikan untuk penyelidikan
dan pendidikan antara disiplin dalam bidang alam sekitar dan pembangunan
akan didirikan dengan tujuan memperkukuh keupayaan Negara dalam bidang yang berkaitan.
|
1.4. Kurikulum pendidikan di semua peringkat akan dikaji semula untuk
memastikan pendekatan pelbagai
disiplin dan isu-isu alam sekitar dan pembangunan.
|
1.5. Aktiviti pendidikan tidak formal akan digalakkan di peringkat
tempatan dan kebangsaan. Aktiviti ini akan melibatkan secara langsung dengan
kumpulan sokongan sosial, dan mengiktiraf peranan penting yang
dimainkan oleh unit keluarga dalam
menyemai sikap positif terhadap alam
sekitar.
|
1.6. Perkembangan maklumat untuk orang awam mengenai alam sekitar dan
pembangunan akan disediakan dan akan merangkumi penggunaan teknologi
maklumat, multimedia dan lain-lain kaedah pandang dengar. Forum awam dan
ilmiah untuk membincangkan isu alam sekitar dan
pembangunan akan digalakkan.
|
KONSEP
DAN ASAS PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
Di Malaysia
pendidikan alam sekitar boleh diperoleh sama ada melalui pendidikan formal dan
pendidikan tidak formal. Ianya merupakan aktiviti sepanjang hayat dan bersifat
multidisiplin. Sebagaimana yang digariskan dalam tiga matlamat utama (UNESCO
1980), pendidikan alam sekitar melibatkan kewajipan seperti kesediaan untuk
melibatkan diri sebagai anggota komuniti, kebolehan untuk memperdebatkan polisi
awam dan kesediaan untuk memberi sumbangan untuk kepentingan orang lain. Tiga matlamat
utama pendidikan alam sekitar (UNESCO 1980) iaitu;
1. Memberi
kesedaran tentang saling bergantungan antara sistem ekonomi, sosial, politik
dan ekologi di kawasan bandar dan luar bandar;
2. Memberi
peluang kepada setiap individu untuk mendapatkan pengetahuan, membina nilai,
sikap dan komitmen serta kemahiran yang diperlukan untuk memelihara dan
memperbaiki keadaan alam sekitar;
3. Membentuk
sikap yang baru dalam diri individu, kumpulan dan masyarakat dalam menangani
permasalahan alam sekitar;
Tiga matlamat
yang dinyatakan di atas ternyata selaras dengan konsep ‘Celik Alam Sekitar’
atau Environment Literacy (Moseley 2000). Sikap ‘Celik Alam Sekitar’ terbina
dalam tiga peringkat iaitu ‘Celik Alam Sekitar’Nominal (Nominal Environment
Literacy), Celik Alam Sekitar Fungsian (Functional Environment Literacy) dan
‘Celik Alam Sekitar Operasi’ (Operational Environment Literacy). Secara
rumusnya, setiap satu peringkat tersebut mempunyai maksud yang berbeza baik
daripada segi keupayaan istilah mahupun dalam menjelaskan tentang sesuatu isu. Walau
bagaimanapun, matlamat akhirnya adalah berasaskan teori yang bermula dengan
kesedaran, mengambil berat, memahami dan akhirnya mengambil sesuatu tindakan. Seseorang yang
hanya sedar mengenai persekitarannya belum lagi boleh dikatakan sebagai seorang
yang ‘celik alam sekitar’. Ianya haruslah melibatkan pemahaman seseorang individu
tentang bahaya kerosakan atau pencemaran alam sekitar dan mampu untuk
menjelaskan kepada orang lain tentang isu tersebut. Seterusnya dapat
mempraktiskannya dalam bentuk tingkah laku yang boleh membantu mengurangkan
masalah pencemaran, umpamanya melakukan amalan kitar semula bagi mengurangkan
lambakan sampah sarap, berkongsi kereta bagi mengurangkan pencemaran udara,
menjimatkan ‘parking’, kereta, mengelakkan kesesakan lalu lintas dan
sebagainya.
LANGKAH MALAYSIA MEMULIHARA ALAM SEKITAR
Dari segi pendidikan dilihat sebagai satu pelaburan kerana sistem
pendidikan merupakan satu proses yang berterusan bagi melatih tenaga manusia untuk
tujuan pembangunan. Sesuatu proses pembelajaran yang berjaya akan melahirkan
individu dan masyarakat yang peka, intelek, aktif, memahami serta mampu
mengenal pasti sesuatu perkara sama ada baik ataupun buruk. Pendidikan
merupakan agen perubahan yang paling berpengaruh dalam masyarakat/kehidupan
kerana mampu membawa perubahan kepada masyarakat daripada mundur dan
terkebelakang kepada sebuah masyarakat yang maju dan bertamadun. Melalui pendidikan
juga, khasnya pendidikan alam sekitar akan dapat melahirkan masyarakat yang
mampu memahami hubungan antara persekitaran manusia dan persekitaran fizikal. Kemampuan
memahami interaksi ini adalah amat penting kerana kedua-dua persekitaran adalah
saling berkaitan, kerana sebarang kacau ganggu yang berlebihan terhadap persekitaran
fizikal akan memberi impak terhadap persekitaran manusia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Malaysia adalah merupakan suatu
pendidikan yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah
menggariskan beberapa matlamat yang terkandung di dalam falsafahnya adalah
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepada Lima Rukun Negara (Kementerian Pendidikan
Malaysia 1998).
NUR PAEZA BINTI MAKMUR (07DPM14F1024)
No comments:
Post a Comment