PENDIDIKAN ALAM SEKITAR KE ARAH MENINGKATKAN KUALITI
HIDUP MASYARAKAT
Secara jelasnya melalui pendidikan
alam sekitar akan melahirkan warga yang menyintai alam sekitar, prihatin dan
sensitif terhadap apa-apa juga kacau ganggu yang berlaku di persekitaran mereka.
Justeru, pelajar pelajar yang terdedah dengan pendidikan ini akan dapat
menyumbang ke arah peningkatan kualiti hidup kerana mereka akan menentang apa
juga pencemaran, kacau ganggu dan kerosakan yang dilakukan oleh tangan manusia
lain. Dengan kata lain, pendidikan alam sekitar akan dapat membentuk jiwa dan
diri individu menjadi seorang yang mencintai alam sekitarnya.
PENDEKATAN, PENGISIAN DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
Perkembangan pendidikan alam sekitar pada masa kini telah memperlihatkan
penekanan terhadap pendidikan untuk kelestarian alam. Bagi mencapai matlamat
kelestarian alam tersebut, ketiga-tiga pendekatan yang dibincangkan di atas
adalah praktikal dalam konteks melahirkan individu yang bukan sahaja peka
terhadap isu alam sekitar, tetapi juga mengenal pasti masalah yang berlaku dan
seterusnya memainkan peranan sebagai pihak yang aktif menguruskan alam
sekitarnya. Sebagai contoh, para pelajar diberikan tugasan berkenaan dengan
pencemaran alam sekitar di kawasan tempat tinggal (manusia/pelajar). Para
pelajar yang terlibat akan segera ‘menangkap isu’ dengan melihat masalah alam
sekitar di persekitaran mereka. Mungkin dalam masa tersebut mereka akan
tertarik dengan isu pencemaran sungai, sampah sarap, pencemaran udara,
bunyi/hingar dan sebagainya. Justeru, para pelajar akan terlibat secara langsung
(pembelajaran berasaskan aktiviti) kerja lapangan dengan melihat sejauh mana
pencemaran tersebut berlaku daripada aspek;
1. Lokasi pencemaran
2. Punca-punca
pencemaran
3. Jenis-jenis
pencemaran
4. Kesan-kesan
pencemaran (mungkin dapat dilihat dengan matakasar)
5. Cadangan dan
langkah-langkah mengatasi masalah tersebut berlaku pada masa
hadapan.
Melalui
kerja lapangan ini secara tidak langsung akan menimbulkankesedaran dalam
kalangan para pelajar akan kepentingan menjaga alam sekitar berdasarkan
pengalaman yang mereka alami sendiri. Pembelajaran melalui pendekatan ini
adalah lebih pratikal kerana para pelajar bukan sahaja disogokkan dengan teori
dan konsep sahaja, bahkan pemahaman mereka menjadi lebih jelas apabila mereka
merasai sendiri pengalaman tersebut. Melalui cara ini isu-isu alam sekitar
bukan sahaja berkisar setakat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh para guru
bahkan penglibatan mereka secara langsung akan memberi nilai keinsafan dan
impak yang mendalam berbanding dengan pengajaran didalam bilik darjah.
Konsep Kesejahteraan Alam Sekitar Melalui Pendidikan
Dan Kesedaran Terhadap Alam Sekitar
Aktiviti seni dan kebudayaan yang
mengandungi mesej positif yang
berkaitan dengan alam sekitar dan
pembangunan akan digalakkan.
|
Peranan media dalam menyebar
maklumat alam sekitar akan
dipergiatkan. Bidang kewartawanan
alam sekitar khususnya dan persatuan
wartawan alam sekitar akan diberi
pengiktirafan dengan tujuan
mempertingkatkan kualiti pelaporan
maklumat alam sekitar.
|
Hubungan kerjasama dengan
media, industri hiburan dan pengiklanan akan digalakkan
untuk menggembleng pengalaman mereka ke arah membentuk tingkah laku dan
pola penggunaan orang awam.
akan direka bentuk untuk membolehkan pelatih menangani masalah alam sekitar dan pembangunan
|
Isu alam sekitar dan
pembangunan akan diintegrasikan ke dalam aktiviti pertubuhan-pertubuhan
termasuk persatuan profesional, kesatuan sekerja dan pertubuhan kebajikan.
Penyebaran maklumat dan latihan akan diperkembangkan merangkumi pembuat
keputusan pekerja dan majikan.
|
Di peringkat nasional pula, Persidangan Ketua-Ketua
Kerajaan Komanwel yang berlangsung pada 12 Oktober 1989 di Langkawi, telah
memeterai Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar. Deklarasi Langkawi telah
menetapkan satu ketetapan yang dicapai oleh negara-negara berkenaan untuk
bertindak secara bersama bagi menyelamatkan alam sekitar daripada kemusnahan.
Antara tindakan yang telah dipersetujui bersama adalah untuk merancang dan
melaksanakan satu program pendidikan yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran orang
ramai terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar (Kementerian
Pendidikan Malaysia 1998). Melalui pendidikan alam sekitar akan dapat
meningkatkan kemahiran dan sikap terhadap isu-isu alam sekitar serta
membolehkan seseorang individu mengambil bahagian dalam usaha usaha melindungi
dan memulihara alam sekitar secara aktif.
KONSEP DAN ASAS PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
Selaras dengan itu,
pendidikan alam sekitar juga termaktub dan selaras bagi melahirkan insan yang
seimbang dan harmoni. Pendidikan alam sekitar sebagaimana yang
dipersetujui di Persidangan UNESCO dalam Deklarasi Tbilisi 1977, ditakrifkan
meliputi segala aktiviti pembelajaran, komunikasi massa, penglibatan komuniti
serta apa-apa aktiviti lain yang bertujuan untuk membentuk populasi manusia
yang peka dan mengambil berat terhadap alam sekitar dan perkara-perkara yang
berkaitan dengannya (Moseley 2000). Selain itu juga, pendidikan alam sekitar
adalah berhasrat untuk membentuk populasi manusia yang mempunyai pengetahuan,
kemahiran, sikap, motivasi dan komitmen untuk bekerja secara individu dan
kolektif dalam menyelesaikan masalah persekitaran pada masa kini dan mencegah
masalah baru daripada muncul. O’ Riodan (1981) berpendapat bahawa pendidikan
alam sekitar mempunyai persamaan dengan pendidikan kewarganegaraan yang
tujuannya adalah untuk membina komitmen dan tanggungjawab social yang
berteraskan pandangan holistik tentang hubungan manusia dan alamnya. Pada
asasnya Pada asasnya kepentingan dan peranan pendidikan dalam alam sekitar telah
banyak diutarakan dan diketengahkan dalam persidangan sama ada di peringkat
nasional mahupun antarabangsa. Umpamanya dalam Persidangan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu tentang Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED) di Rio de
Janeiro, Brazil, Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang
Persekitaran Manusia(UNCHE) di Stockholm, Sweden 1972, UNESCO dan sebagainya.
Inti pati kepada persidangan ini adalah menekankan keperluan kepada penjagaan,
pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar daripada kemerosotan akibat
pembangunan manusia. Situasi ini diperkuatkan lagi dengan terbitnya laporan
Brundtland pada April 1987 yang menyarankan negara-negara dunia supaya
menerapkan pendekatan baru dalam pengurusan alam sekitar melalui pendekatan
pembangunan berterusan. Pendekatan alam sekitar dewasa.
LANGKAH MALAYSIA MEMULIHARA ALAM SEKITAR
Langkah pertama yang perlu kita lakukan adalah mengamalkan budaya kitar semula dalam kehidupan kita. Dengan mempraktikkan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle...kita dapat memberi sumbangan bermakna untuk kebahagian dan kesejahteraan hidup generasi hadapan.
1. Reduce (Kurangkan)
- Kita kena kurangkan penggunaan beg plastik.terutama sekali apabila membeli - belah.Hal ini kerana,beg plastik mempunyai bahan yang susah untuk terurai.
2. Reuse (Guna semula)
- Kita juga boleh mengguna semula barang terbuang atau yang tidak dipakai dengan mengubah barang tersebut menjadi barang baru mengikut kretiviti kita sendiri.
3. Recycle (Kitar semula)
- Sebaik-baiknya barang yang telah digunakan,kita jangan buang serta-merta.Hal ini kerana terdapat barang yang kita boleh kitar semula.Seperti surat khabar lama,botol plastik,kotak dan sebagainya.
- kita juga boleh menghantar atau menjual barang-barang tersebut di pusat kitar semula.
Jadikan amalan kitar semula sebagai satu rutin dalam kehidupan kita tidak kira di mana kita berada.Penggurangan pengunaan dan pembuangan samoah sarap atau sisa toksik dapat menyelamatkan bumi ini daripada ancaman kemusnahan yang pantas.
ROPIDA BINTI MURSIDI (07DPM14F1062)
No comments:
Post a Comment