Perkataan “Alam
Sekitar” atau dalam bahasa inggeris disebut “environment” membawa maksud
keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, secara ringkasnya
perkataan alam sekitar merujuk kepada
fenomena fizikal sama ada biotic atau
abiotik yang melingkungi suatu
organisma. Fenomena fizikal
ini termasuk juga fenomena yang berkait
rapat dengan iklim dan cuaca. Terdapat satu lagi definisi
alam sekitar. Namun ia lebih kepada
kefahaman environmentalisme .
Dijelaskan bahawa ia merupakan satu
istilah geografi tentang doktrin falsafah
yang menekankan sesuatu tehadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang
berkait dengan aktiviti manusia.
Keprihatinan Malaysia ke arah memulihara alam sekitar ialah, dengan melakuan berbagai cara untuk mengendalikan, mengurus, dan menggunakan sumber alam untuk mengelakkan kerugian, kerosakan dan pembaziran yang berlaku di Malaysia. Keprihatinan Malaysia terhadap alam sekitar ialah melakukan kempen kitar semula yang telah di anjurkan, pihak kerajaan juga boleh menganjurkan kempen-kempen lain yang memberi tumpuan kepada amalan mengurangkan penggunaan dan guna semula serta pengetahuan tentang produk mesra alam. Selain itu, terdapat beberapa aspek pencemaran yang berlaku di Malaysia, seperti Pencemaran udara, Air, Bunyi dan Pencemaran Tanah.
Punca-punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran
1.PENCEMARAN UDARA
Ø Pembangunan
tanpa pengurusan yang di rancang boleh membawa kesan buruk yang mengancam
kualiti alam sekitar. Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon
dioksida yang di keluarkan oleh kenderaan atau kilang-kilang menjejaskan
kesihatan manusia dan juga boleh mengakibatkan terjadinya lapisan ozon yang boleh memudaratkan alam sekitar.
Gambar
menunjukkan Kerja kilang yang mengeluarkan asap
2.PENCEMARAN AIR
Antara
punca-punca pencemaran air ialah :-
Ø Sisa
bahan buangan kilang seperti sisa toksik
yang di buang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pembuangan ini di anggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan yang banyak.
Ø Pembuangan
bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis oleh sesetengah pihak
individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.
Gambar
menunjukkan pembuangan sampah ke atas air oleh orang kampung
Pencemaran
air di kawasan sekitar rumah
Sikap tidak
bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membuatkan hati
dan perasaan manusia menjadi tidak senang terhadap alam sekitar. Pengusaha kilang juga melakukan pencemaran air untuk menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah, membuang sisa kilang ke
dalam sungai walaupun menyedari kesan buruk akan terjadi terhadap persekitaran.
3.PENCEMARAN BUNYI
Antara
punca-punca pencemaran bunyi ialah :-
Ø Bunyi
kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
Industri-industri juga merupakan penyumbang kearah pencemaran bunyi.
Ø Bunyi-bunyi
ini datangnya daripada penggunaan jentera, kenderaan dan sebagainya.
Ø Kuari
juga merupakan salah satu pencemaran bunyi. Bunyi pemecahan batu, enjin gerudi
dan pemunggahan batu ke lori merupakan pencemaran bunyi.
Gambar menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang
memberi impak pencemaran bunyi
4.PENCEMARAN
TANAH
Antara
punca-punca berlakunya pencemaran tanah ialah :-
Ø Pembuangan
bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa
kilang.
Ø Pembuangan
sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke rah pencemaran ini.
Ø Penggunaan
racun serangga secara berlebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran
tanah.
Gambar menunjukkan pembuangan sampah
yang menyebabkan tanah menjadi rosak
Pencemaran tanah juga boleh menjejaskan aktiviti
harian manusia . Jika hampir kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak
berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini. Tanah yang telah dicemari
tidak sesuai lagi untuk dijalankan aktiviti pertanian kerana bahan kimia akan membunuh
tumbuhan yang di tanam.
Hasil kayu balak ditebang
Penebangan hutan yang
berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah
dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Pembangunan yang tidak dirancang dengan
berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa
akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan
tanah, berlaku perubahan iklim, kesan kepada rumah hijau dan banjir.
LANGKAH-LANGKAH
UNTUK MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA
PENCEMARAN UDARA
Antara langkah-langkah yang
boleh dilaksanakan untuk mengurangkan pencemaran udara ialah menghijaukan kawasan. Penanaman pokok
seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan
masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara
dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses
fotosintesisnya.
Kedua ialah penggunaan petrol tanpa plumbum dapat
mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini
dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga
dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti habuk dan selesema daripada belarutan.
Ketiga ialah program kitar semula. Udara yang
tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman
perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang
boleh dikitar semula kepada peniaga.Antara barang yang boleh
dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak
kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.
Akhir sekali,
penguatkusaan undang-undang perlu diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang
di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta
kualiti alam sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada pihak
berkuasa tempatan untuk diambil tindakan selanjutnya.
PENCEMARAN AIR
Sumber air yang bersih
amat penting untuk kita. Oleh itu beberapa langkah perlu diambil, bagi
memastikan sumber air selamat untuk digunakan pada masa kini dan masa hadapan.
Antara langkah-langkahnya ialah rawatan
air kumbahan. Bagi memastikan air kumbahan dari sektor perumahan dan
perhotelan yang dialirkan ke sungai tidak mencemari sumber air ini, air
kumbahan itu perlulah dirawat.
Kempen cinta alam
sekitar juga dapat memastikan sumber air seperti sungai tidak tercena.
Beberapa kempen dijalankan di TV oleh Jabatan Alam Sekitar. Antaranya “Sungaiku,Hidupku”
dan Projek Sungai Angkat yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di daerah
masing-maasing.
Seterusnya, pendidikan
alam sekitar juga dapat menimbulkan kesedaran pentingnya menjaga sumber alam
supaya tidak tercemar, beberapa persatuan atau badan bukan kerajaan telah
ditubuhkan. Antaranya ialah Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Tabung
Alam Malaysia (WWF). Malah di peringkat sekolah juga ditubuhkankelab atau
persatuan yang menjadi ahli persatuan ini di peringkat kebangsaan seperti Kelab
Pencinta Alam dan Kelab LEO. Melalui aktiviti seperti Sambutan Hari Bumi
Sedunia oleh MNS, telah menyemaikan rasa tanggungjawab dan kesedaran kepada
setiap individu untuk menjaga alam sekitar.
Akhir sekali,pihak
berkuasa tempatan diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri
masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam
sekitar seperti membuang sisa toksik ke dalam sungai, penduduk sekitarnya boleh
membuar aduan untuk tindakan selanjutnya.
J
PENCEMARAN BUNYI
Pencemaran bunyi yang
dihasilkan oleh alam sekitar sukar untuk dikawal, tetapi terdapat cara untuk
mengawal pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Terdapat dua cara pada
ketika ini digunakan untuk mengawal pencemaran bunyi iaitu penguatkuasaan
undang-undang dan kawalan secara teknikal.
Antara langkah-langkah tersebut
ialah penguatkuasaan undang-undang. Melalui penguatkuasaan undang-undang,
banyak sumber-sumber pencemaran bunyi dapat dikurangkan. Kebanyakan negara
menggunakan undang-undang tersebut untuk mengurangkan pencemaran bunyi yang
semakin berleluasa terutamanya
pencemaran bunyi dari kenderaan bermotor. Undang-undang tersebut juga ada
digunakan di Malaysia. Ia meliputi kenderaan bermotor, penerbangan tempatan,
kualiti alam sekeliling, kilang dan gentera dan lain-lain. Melalui
undang-undang tersebut, sesebuah Negara dapat mengurankan secara tidak langsung
suantiti pencemaran bunyi kepada kadar yang lebih minimum sekaligus dapat
mengurangkan risiko kesan pencemaran tersebut kepada manusia.
Selain itu, membuat
langkah kawalan secara teknikal.
Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan dalam kawalan secara teknikal.
Teknologi yang semakin membangun pada masa kini dapat mengurangkan atau
menyingkirkan bunyi. Sebagai contoh, untuk mengurangkan bunyi di jalan raya,
penggunaan halangan bunyi, menghadkan kelajuan di kawasan-kawasan yang
mempunyai ramai penduduk , menukar tekstur jalan, mengubah reka bentuk tayar
dan lain-lain. Dengan kemajuan teknologi yang semakin maju, bunyi bising dari kapal
terbang juga dapat dikurangkan dengan mereka bentuk enjin jet yang lebih
senyap. Ini dapat mengurangkan tahap bising untuk penduduk yang menetap
berhampiran di kawasan lapangan terbang. Kebisingan hasil dari kawasan
perindustrian juga dapat dikurangkan dengan mereka bentuk semula peralatan
perkilangan, memasang sistem penggantungan dan halangan fizikal di tempat
kerja.
P PENCEMARAN TANAH
Sampah bukan organik yang tidak boleh terurai yang
menyebabkan lapisan tanah tidak dapat
ditembus oleh akar tanaman dan tidak mengalir air sehingga peresapan dan air
dan mineral yang dapat menyuburkan tanah hilang dan jumlah mikroorganisma di
dalam tanah akan berkurangan akibat tidak dapat sumber makanan untuk
berkembang. Contohnya botol plastik mineral, tin minuman, polistirena bekas
makanan.
CARA-CARA MENGATASI PENCEMARAN TANAH
(i)
Untuk mengurangkan pencemaran tanah
berlaku daripada bahan yang tidak terurai, kempen kesedaran mengenai program
kitar semula perlu diperluas kepada semua lapisan masyarakat di seluruh
Malaysia. Tempat-tempat khas seperti tong-tong sekitar semula haruslah
disediakan untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang boleh dikitar
semula seperti botol plastik, bekas minuman tin aluminium, kertas, surat khabar
dan sebagainya. Walaupun kaedah ini akan melibatkan kos yang tinggi, tetapi
bagi dalam jangka masa yang panjang kaedah ini boleh dapat membantu kita untuk memulihara alam sekitar dan boleh menjimatkan sumber alam.
(ii)
Disamping itu, bagi penggunaan racun
makhluk perosak pula patut dielakkan penggunaanya kerana ia akan menyebabkan
penyakit kronik yang boleh merosakkan buah pinggang. Racun serangga yang
mengandungi bahan pencemaran seperti pestisida tanah tanaman menjadi terbantut.
Sebaliknya, kaedah-kaedah alternatif pengawalan makluk perosak seperti
pertanian organik dan pertanian organik dan pertanian dalam rumah kaca patut
diperluaskan. Kaedah ini juga dapat mengurangkan pencemaran alam. Selain itu,
pengawalan serangga secara biologi juga boleh digunakan tanpa menjejaskan alam
sekeliling.
Selain itu, kerajaan
perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas berkaitan aspek penjagaan
kebersihan alam sekitar. Jika lihat pada hari ini, hanya ada segelintir sahaja
kilang yang dibina mematuhi piawai kebersihan yang ditetapkan. Dengan ini,
pelepasan asap kilang dan pembuangan
sisa toksid ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka
dapatlah dikawal. Oleh itu, denda yang maksimum dan hukuman sebtan yang
setimpal patut dikenakan keatas pekilang yang tegar supaya dapat mengurangkan
pencemaran alam sekitar. Justeru, sikap pengilang yang bagai enau di dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing bagi mereka yang tidak suka berpakat
dan mementingkan diri sendiri akan dapat dibanteras dengan lebih efektif.
NOR AZLINA BINTI MUSTAKIM (07DPM14F1010)
No comments:
Post a Comment