DEFINISI ALAM SEKITAR
Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “environment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekiranya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” bermaksud merujuk kepada apa-apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait rapat dengan iklim dan cuaca. Terdapat satu lagi definisi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang menekankan sesuatu terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia.
PUNCA KEMEROSOTAN ALAM SEKITAR
Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 mengandungi
peruntukan bagi mencegah, menghapus,
mengawal pencemaran serta
memperbaiki kualiti alam sekitar
dan dari
aspek yang selalu
dikaitkan dengan alam
sekitar iaitu pencemaran
yang membawa maksud apa-apa
perubahan secara langsung
dan tidak langsung
terhadap sifat-sifat
fizikal, haba dan
kimia termasuk kesan
biologikal terhadap alam
sekeliling yang meliputi pencemaran
air, udara, bunyi,
tanah dan laut
dan untuk masalah ini, banyak punca
telah dapat dikenalpasti
yang mendorong kepada
pencemaran alam sekitar.
Sikap
Individu Dan Organisasi
Yang Tidak Bertanggungjawab
Hal ini jelas
kerana ketidak adaan kesedaran
sivik dalam diri
mereka untuk menjaga alam
sekitar kerana bagi
sesetengah individu, mereka
akan sewenang-wenangnya
membuang sampah merata-rata
tanpa mempedulikan keadaan
persekitaran dan mungkin mereka merasakan
itu adalah perkara
remeh apabila mencampakkan
secebis tisu atau
sisa makanan di tepi
jalan. Walhal, jika
difikirkan andai ada
seratus orang pengguna
yang bersikap sedemikian sudah tentu jalan
raya akan menjadi
kotor dan dipenuhi
dengan sampah-sarap.
Manakala bagi organisasi
seperti kilang yang
menjalankan operasi
pengeluaran yang melibatkan
sisa toksik dalam
penghasilan keluaran mereka, kebiasaannya kilang
itu akan mengambil
tindakan mudah apabila
membuang sisa toksik tersebut terus
ke dalam laut
dan sungai jika
kilang itu didirikan
berdekatan dengan kawasan tersebut.
Ini akan mengakibatkan
pencemaran air dan
kilang yang melepaskan asap tanpa
pemasangan alat penapis
udara akan menyebabkan
terjadinya pencemaran udara.
Pembangunan
Secara Tidak Sistematik
Apabila pihak
kerajaan atau pihak
swasta merangka untuk
membangunkan sesuatu kawasan, mereka seharusnya
memikirkan secara terperinci
kesan-kesan negatif yang akan berlaku terutama yang
melibatkan alam sekitar
dan bukan tertumpu
kepada kebaikan dan keuntungan pembangunan
semata-mata kerana akibat
dari pembangunan yang
akan dijalankan boleh menyebabkan
berlakunya pencemaran air,
udara, tanah dan
bunyi yang akan dihasilkan.
Mungkin disebabkan penggunaan
jentera yang terlalu
banyak akan menghasilkan pencemaran
bunyi dan pencemaran
udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut
mengeluarkan asap yang
berlebihan. Akibat daripada
projek-projek pembangunan
itu, ia juga
boleh terjadinya pencemaran
air terutama pada
waktu hujan jika tanah
lapang yang telah
dibersihkan untuk projek
pembangunan itu iaitu
tanah merah mengalir terus
ke dalam sungai
atau laut yang
berdekatan . Hal ini boleh
menjejaskan tahap kebersihan kualiti
air dan boleh
mengancam kehidupan ekosistem
dalam air yang seterusnya membawa
kepada pencemaran alam
sekitar.
Penggunaan
Kenderaan Bermotor
Hal ini kerana
setiap kenderaan akan melepaskan
asap kenderaan yang
mengandungi gas yang
berbahaya. Hal ini
jika peningkatan taraf hidup
masyarakat terus meningkat
pada zaman sekarang
maka tahap pencemaran juga
akan turut meningkat
berikutan semakin bertambah
jumlah penggunaan bilangan pengguna
jalan raya yang
selesa menggunakan kenderaan
mereka sendiri untuk bergerak ke
destinasi yang ingin
dituju berbanding beramai-ramai
menggunakan kenderaan awam
yang semestinya dapat
mengurangkan bilangan kenderaan
di jalan raya. Hal
ini akan menyebabkan
pencemaran udara dan
seterusnya menjejaskan sistem
pernafasan dan daya
penglihatan manusia serta
pencemaran bunyi yang
terhasil oleh kapal
terbang yang berlepas
atau mendarat terutama
dikawasan perumahan yang berhampiran dengan
lapangan terbang boleh
menjejaskan daya pendengaran manusia.
Hal ini jelas
menerangkan bahawa penggunaan
kenderaan bermotor juga
menjadi salah satu
punca berlakunya pencemaran
alam sekitar.
Pembakaran
Secara Terbuka
Hal ini jelas
dapat dilihat berikutan
pembakaran pokok-pokok tua
di kawasan ladang
dan hutan untuk
tujuan penanaman semula.
Jika dilihat dari
satu sudut, penanaman semula sememangnya
sangat berfaedah tetapi
akibat daripada penanaman semula ini akan menyebabkan akan menyebabkan tanah menjadi tidak teratur..
Penghutanan semula
Penghutanan semula merupakan sebuah kegiatan menanam
semula hutan yang telah diterokai dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan
bermutu. Melalui cara ini, kelembapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya,
masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan
bandar-bandar besar yang sering menjadi pulau haba. Contoh pokok yg boleh
ditanam, pain, batai dan sesenduk. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan
peranan penting bagi melaksanakan kaedah ini dengan lebih efisien. Antara
penghutanan semula yang sudah dijalankan ialah Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan
Hutan Simpan Paya Laut, Perak.
Penggunaan Baja Organik
Masyarakat sekarang
terutamanya petani digalakkan menggunakan baja organik atau baja asli.
Baja asli adalah daripada najis haiwan bagi menggantikan penggunaan baja kimia
yang sering digunakan oleh petani moden. Baja organik yang digunakan ini mampu
membantu kesuburan tanah terus berkekalan dan juga mapu dipulihkan berbanding
baja kimia yang mendorong kepada peningkatan keasidan tanah. Contohnya,
peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano yang terdiri daripada najis
burung dan kelawar sebagai baja.
Kaedah Biologi
Kita sepatutnya mengelakkan penggunaan racun perosak atau
racun rumpai. Oleh itu, sebagai peladang yang bertanggungjawab kepada alam
sekitar haruslah menggunakan kaedah biologi ini. Walaupun kaedah ini agak
ketinggalan zaman, namun ia sangat berkesan bgi memulihara semula alam sekitar
kita yang mungkin sudah rosak akibat kandungan CFC (ChoroFluoroCarbon). Kaedah
biologi ini diaplikasi melalui proses rantaian makanan haiwan. Contohnya,
burung hantu makan serangga perosak atau ular makan tikus.
Pertanian Tetap
Petani tradisional digalakkan oleh kerajaan agar
mengamalkan pertanian tetap. Langkah ini dijalankan bagi mengelakkan kemusnahan
alam sekitar serta hakisan tanih seterusnya mengekalkan aset yang amat berharga
iaitu hutan.
Kaedah Perundangan
Kaedah ini bermaksud akta perundangan yang digubal dan
dikuatkuasakan bagi melaksanakan tindakan terhadap pesalah alam sekitar.
Antaranya ialah, Akta Kualiti Alam
Sekitar (1974) yg digubal bagi mengawal perkara2 yang boleh membawa pada
berlakunya kemusnahan alam sekitar. Akta ini juga perlu diperketatkan agar
usaha memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Daripada akta
ini, kita dapat melihat bahawa peruntu
KESAN ATAU AKIBAT KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR
Kesihatan Terjejas
Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan
manusia adalah manusia akan menghidap pelbagai penyakit, terutamanya respirasi
akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia
memerlukan udara yang bersih untuk hidup. Sekirannya udara yang dihidu
telah tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke
dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada
oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini
seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah
mengalami masalah.
Hujan Asid
Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini
disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan
gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. walaubagaimanapun, disebabkan pada
masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api
fossil di bakar dalam jumlah yang terlalu banyak. Pembakaran bahan api fossil
seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan
melepaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida dilepaskan ke
udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan bergabung dengan titisan air yang turun
sebagai air hujan membentuk asid
sulfurik dan asid nitrik.
Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi
pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid yang terkumpul dan menjadi semakin
pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di
dalam tasik atau sungai akan mati dan mengalami kepupusan,selain itu, bangunan
dan batu akan mudah terakis dan rapuh, warna bangunan, kereta akan menjadi
pudar, dan cepat berkarat.
Jerebu
Jerebu adalah terdiri zarah-zarah kecil yang boleh wujud
secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap
kilang, asap kenderaan dan juga asap daripada
pembakaran terbuka turut menjadi faktor kepada penyumbang pembentukan
jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak,
bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya
matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat
pemandangan dan menurunkan jarak penglihatan.
Jerebu adalah satu fenomena yang sangat merisaukan pada
satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi
juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar.
Kesan-kesan yang akan dialami apabila terdedah kepada
jerebu seperti terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk, sesak
nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit
badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.
Suhu Meningkat
Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi
punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan
suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terbentuk
di udara.
Gas karbon dioksida yang berlebihan menyebabkan haba di
bumi terperangkap dan menyebabkan suhu bumi meningkat sekaligus suhu
persekitarannya menjadi panas. Penipisan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian
pemanasan global. Kesannya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem
terganggu, banjir sering berlaku.
Air Tercemar
Hidupan air seperti ikan, siput, udang dan ketam akan
mati disebabkan oleh tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksik yang
tercemar. Selain itu, sisa toksik yang dibuang ke dalam air akan menyebabkan
penyakit seperti, sakit kepala, kabur penglihatan dan sebagainya.
Pencemaran air akan memberi kesan bukan sahaja akan
dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan
kepada manusia ialah kesihatan mereka sendiri akan terjejas. Antara kesan yang
dianggap kronik akibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu
pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya tahan
penyakit akibat penggunaan sumber air tersebut.
Bau Busuk
Bau busuk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diurus
dengan baik dan dibiarkan begitu sahaja. Kehadiran lalat, ulat, tikus dan
sebagainya akan menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau busuk yang kurang
menyenangkan. Bau kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila
petempatan mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah, penternakan haiwan,
kilang kelapa sawit dan kilang getah.
Antara kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar ialah alam sekitar
akan sentiasa menjadi bersih. Apabila kita bersatu-padu menjaga alam
sekitar sehingga bersih ianya akan membolehkan kita semua menikmati
keindahan alam sekitar yang sebenarnya. Selain itu, apabila alam sekitar
menjadi bersih kita akan menghirup udara yang segar.Oleh itu, kita
janganlah menebang pokok yang memberi kita udara yang segar udara yang
sihat kerana mengandungi oksigen yang tinggi . Pokok-pokok telah
membekalkan udara yang segar malahan akan mengelakkan berlakunya banjir
kerana akar pokok berfungsi mengukuhkan tanah .
Seterusnya, alam sekitar yang bersih juga akan dapat memberi kita
kehidupan yang sihat dan tenteram. Hal ini kerana, alam sekitar yang
kotor semestinya akan mendatangkn bahaya pada kita dan juga flora dan
fauna. Alam sekitar yang kotor akan mendatangkan penyakit yang berbahaya
kepada kesihatan kita serta akan menggangu urusan kehidupan seharian
kita. Jika kebersihan alam sekitar terjamin, manusia akan hidup dengan
lebih selesa dan gembira. Jika alam sekitar kita kotor, sistem
pernafasan manusia tidak dapat berfungsi dengan baik kerana menhirup
udara yang kotor serta mengandungi bahan kimia yang berbahaya yang boleh
mendatangkan bahaya kepada manusia yang menghidap penyakit asma,sakit
jantung dan sebagainya. Udara yang kotor ini disebabkan kilang, asap
kenderaan, dan banyak lagi. Kebersihan alam sekitar dapat dikekalkan
jika semua pihak dapat berkerjasama menanganinya.
![]() |
Ini adalah contoh keindahan flora dan fauna jika alam sekitar terjaga. |
![]() |
Pembakaran hutan seperti di atas akan menyebabkan pencemaran udara yang membahayakan banyak pihak. |
Tuntasnya, semua pihak hendaklah memberi kerjasama menjaga
kebersihan alam sekitar agar kehiduapan kita selesa dan bahagia. Semua
pihak hendaklah tahu alam sekitar yang kotor akan mendatangkan kesan
negatif kepada negara. Harapan saya terhadap semua pihak ialah marilah
kita semua menjaga kebersihan alam daripada tercemar agar semua rakyat
Malaysia dan di seluruh negara sihat sentiasa dan dapat melakukan kerja
seharian tanpa sebarang masalah.
MYRA MARSHIELA BINTI RAMIN (07DPM14FI078)